73,000 pemilih berusia 90 tahun ke atas dalam rekod terkini SPR - Utusan Malaysia

73,000 pemilih berusia 90 tahun ke atas dalam rekod terkini SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73,000 pemilih berusia 90 tahun dan ke atas termasuk seorang pengundi dikatakan berusia 150 tahun masih berada dalam rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Daripada jumlah itu, kita difahamkan bahawa 11,000 pemilih sebenarnya mengundi (pada Pilihan Raya Umum ke-14), jadi mereka masih hidup. Untuk baki (62,000 pemilih), kita akan pastikan ia dibersihkan,” kata Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.

Beliau ditemui pemberita pada program ‘Roundtable on Electoral Reform: The Way Forward for Free and Fair Elections’ di Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum dapat mengenal pasti sama ada baki 62,000 pemilih warga emas itu masih hidup atau sudah meninggal dunia.

“Pihak SPR sedang dalam proses pembersihan daftar pemilih bagi memastikan jumlah pemilih sebenar adalah tepat dan ia proses berterusan kerana setiap hari ada pemilih yang meninggal dunia,” katanya.

Ditanya sama ada pengundi yang dikatakan berusia 150 tahun itu masih hidup, Azhar Azizan berkata, beliau masih belum dapat memastikan perkara itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini