PADA 19 Julai lalu, genaplah 70 tahun pengenalan Akta Hasutan 1948 di Semenanjung Malaysia. Sebelum undang-undang itu atau nama asalnya Ordinan Hasutan 1948 diperkenalkan, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat masing-masing mempunyai undang-undang tersendiri dalam menangani jenayah hasutan. Misalnya Printing Presses and Seditious Publications Enactment, 1931 (No. 5 of 1931) bagi Kelantan dan Seditious Publications (Amendment) Ordinance, 1928 (No. 16 of 1928) bagi Negeri-negeri Selat. Akta Hasutan 1948 kemudiannya diperluaskan penguatkuasaannya…










