56,266 pesakit diabetes di Terengganu - Utusan Malaysia

56,266 pesakit diabetes di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Gejala diabetes semakin membimbangkan dalam kalangan penduduk Terengganu dengan 56,266 penghidap penyakit tersebut dicatatkan di seluruh negeri ini sejak lapan tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohd. Jusoh berkata, berdasarkan Pendaftaran Diabetik Kebangsaan (NDR), seramai 1,523 pesakit baharu diabetes telah dikesan di negeri ini dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

“Seramai 222 orang penghidap diabetes negeri ini pula tidak dapat mengawal kadar diabetes mereka sehingga terpaksa diamputasi iaitu pemotongan anggota badan terutama kaki dan jari tangan dalam tempoh sama.

“Tambah membimbangkan WHO  (Pertubuhan Kesihatan Dunia) menganggarkan satu daripada dua penghidap diabetes tahap awal tidak mengetahui mereka menghidap penyakit itu sehinggalah berada ke tahap serius,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Diabetes dan Jantung peringkat Terengganu di sini hari ini.

Mohd. berkata,  NDR juga mendapati  kebanyakan penghidap diabetes negeri ini adalah diabetes jenis 2 dan 61.5 peratus daripadanya merupakan wanita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN