5,000 umat Islam berhimpun di Kota Bharu - Utusan Malaysia

5,000 umat Islam berhimpun di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 16 Nov. – Laungan takbir dan ‘jangan main api’ menggegarkan himpunan aman di Dataran Muhammadi di sini untuk menyatakan bantahan kepada usaha kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

Seramai 5,000 umat Islam tanpa mengira latar belakang politik berhimpun bermula pukul 2 petang selama hampir sejam bagi menzahirkan rasa tidak senang mereka kepada hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Himpunan itu turut melakar sejarah apabila menemukan pimpinan Pemuda UMNO dan Pas negeri atas pentas yang sama di samping penglibatan pertubuhan bukan kerajaan lain antaranya Ikatan Muslimin Malaysia (Isma); Cakna Palestin; Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA); Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis).

Biarpun berpanas dibakar hangat cahaya matahari, umat Islam yang hadir tidak berganjak mendengar amanat pimpinan sehinggalah kepada bacaan doa yang dipimpin Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada penghujung himpunan itu, satu patung ‘barua’ ICERD telah dibakar bersama Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hariri Mohamed Noor dan Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari untuk menggambarkan kemarahan terutamanya kepada pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan yang sanggup bersekongkol mempertahankan hasrat meratifikasi ICERD. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN