5 maut bas persiaran terbabas - Utusan Malaysia

5 maut bas persiaran terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Lima maut dan 12 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran dinaiki mereka terbabas di Kampung Surun-Surun, Kota Marudu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, dalam nahas pada pukul 5 petang itu, bas berkenaan yang disewa oleh sebuah politeknik di Sandakan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan merempuh penghadang kiri jalan.

“Siasatan awal mendapati bas itu dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke arah Kudat. Setiba di lokasi kejadian, bas dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik ke kiri jalan,” kata beliau ketika di hubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN