KUALA LUMPUR 27 Nov. – Tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu ini, dijual bagaikan ‘pisang goreng panas’ apabila kesemua 40,000 tiket secara dalam talian habis dijual. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di akaun Facebooknya berkata, penjualan tiket hari kedua yang bermula pagi tadi, telah ditutup apabila penjualan secara online di www.tickethotline.com.my, telah mencecah 20,000 keping. Pada hari pertama penjualan tiket semalam, sebanyak 20,000 telah habis dijual. FAM berkata, baki 40,000 keping tiket akan dijual secara fizikal bermula Khamis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya