JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima individu iaitu seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia bergelar Datuk, tiga pegawai imigresen lain dan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan permohonan pas lawatan ikhtisas dan pas lawatan kerja sementara di negeri itu.
Majistret di Mahkamah Johor Bahru, Azureen Sahirah Saufee Afandi membenarkan kesemua lima individu itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga 29 November ini.
Kelmarin, SPRM menahan pegawai imigresen lelaki berstatus Datuk berusia 44 tahun di Pejabat Jabatan Imigresen Negeri Johor pada pukul 10 pagi manakala tiga lagi pegawai imigresen berusia 38 hingga 46 tahun, termasuk seorang wanita ditahan antara pukul 3.25 petang dan 3.45 petang di Pejabat SPRM Johor selepas mereka hadir memberi keterangan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










