383 golongan asnaf dan mualaf belajar percuma di KUIPs - Utusan Malaysia

383 golongan asnaf dan mualaf belajar percuma di KUIPs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah menaja pengajian seramai 383 pelajar yang merangkumi golongan asnaf dan mualaf dari negara ini serta Thailand sepanjang 2017 hingga tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti KUIPs, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, Biasiswa Pendidikan Tinggi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu bagi pengajian peringkat diploma dan ijazah.

“Majoriti pelajar merupakan golongan asnaf di negeri ini sementara 41 pelajar pula dari selatan Thailand.

“Biasiswa itu termasuk yuran pengajian dan penginapan selain elaun bulanan sebanyak RM300 setiap bulan sepanjang tempoh pengajian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

KUIPs merupakan kolej universiti milik penuh MAIPs.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merupakan Yang Dipertua MAIPs.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamarudin berkata, pada 2019,  kolej yang ditubuhkan pada awal 2014 itu bakal menerima 40 pelajar antarabangsa dari Indonesia pada tahun depan.

“Ini selaras dengan hasrat pada 2020 pelajar daripada 15 negara seperti Thailand, Indonesia, Uzbekistan, Bosnia Herzegovina dan Syria.

KUIPs beroperasi di Sungai Chuchuh, Padang Besar dekat sini dan Kuala Perlis di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×