MIRI – Seramai 350 orang penghuni Rumah Panjang Usek Sumpit, Sungai Keriok daerah Niah, di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran pagi ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, kebakaran tersebut memusnahkan satu blok rumah panjang yang mempunyai 37 pintu manakala sebuah lagi rumah panjang 12 pintu yang terletak berhadapan dengan blok yang terbakar itu tidak mengalami sebarang kerosakan. “Semua 350 penghuni selamat,”katanya sambil menambah punca serta anggaran…










