PONTIAN 22 Nov. – Seramai 241 individu ditangkap dalam operasi membanteras kegiatan perjudian di daerah ini dalam tempoh Januari hingga 31 Oktober lalu. Ketua Polis daerah, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 72 tahun dalam 186 serbuan dan melibatkan judi loteri haram, judi online dan judi dalam bangunan. “Dalam usaha membanteras kegiatan judi haram ini, polis dari cawangan perjudian, maksiat dan kongsi gelap (D7)…










