2,000 pelajar merangkumi 15 negara pada 2020 di KUIPs - Utusan Malaysia

2,000 pelajar merangkumi 15 negara pada 2020 di KUIPs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyasarkan seramai 2,000 penuntut kolej universiti itu pada tahun 2020 dengan memperkenalkan program-program pengajian yang lebih kompetatif serta memenuhi pasaran pekerjaan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, sasaran itu dapat dipenuhi berdasarkan pemantapan pengurusan dan pentadbiran selain pengenalan pelbagai program pengajian baharu terutamanya peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

“Pelajar KUIPs pada 2020 bukan sahaja dari seluruh negara tetapi merangkumi pelajar daripada 15 negara seperti Thailand, Indonesia, Uzbekistan, Bosnia Herzegovina dan Syria.

“Malah, kepelbagaian pelajar antarabangsa  merupakan salah satu inspirasi dan aspirasi kolej universiti ini menuju status universiti penuh.

“Selain itu, hubungan dan jalinan kerjasama antarabangsa dapat dipertingkatkan dengan lebih efisien,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

KUIPs menawarkan pengajian secara percuma kepada golongan asnaf yang layak di negeri ini.

Malah, kolej universiti yang mempunyai lebih 600 orang pelajar ini dalam perancangan mempunyai sebuah kampus tetap di Mata Ayer, Padang Besar dekat sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN