IPOH 16 Nov. – Hampir 2,000 orang menyertai himpunan bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) hari ini selepas solat Jumaat. Himpunan yang digerakkan oleh Dewan Pemuda Pas Perak itu turut dianjurkan dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik seperti UMNO dan Berjasa. Himpunan yang diketuai oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad kemudian berarak sejauh…









