KUALA LUMPUR 26 Nov. – Kira-kira 18 kenderaan terbakar dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, perselisihan faham antara dua kumpulan tersebut berpunca daripada isu perpindahan tapak kuil berkenaan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat bagi memastikan keadaan terkawal.
“Polis akan melaksanakan tugasan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam ketika proses pemindahan kuil berusia lebih 140 tahun itu.
“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE











