145 ekor paus ditemukan terdampar - Utusan Malaysia

145 ekor paus ditemukan terdampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 26 Nov. – Kira-kira 145 ekor ikan paus ditemukan mati terdampar di sebuah kawasan terpencil di Pulau Stewart.

Kejadian itu disedari oleh seorang pendaki kelmarin di pulau berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bahagian selatan Pulau Selatan.

Separuh daripada ikan paus yang ditemukan telah mati dan pihak berkuasa tempatan terpaksa ‘mematikan’ selebihnya ekoran kesukaran untuk mengakses lokasi berkenaan serta keadaan kesemua ikan paus yang semakin teruk.

“Sayangnya, kemungkinan untuk membawa kesemua ikan paus terbabit ke dalam laut kembali adalah sangat rendah.

“Lokasi yang terpencil, kekurangan kakitangan berhampiran dan keadaan ikan paus yang semakin merosot, menyebabkan kami terpaksa mematikannya. Bagaimanapun, ia adalah satu keputusan menyedihkan untuk dibuat,” kata pengarah operasi Jabatan Pemuliharaan di pulau berkenaan, Ren Leppens. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×