11 terkorban puting beliung Gaja badai India - Utusan Malaysia

11 terkorban puting beliung Gaja badai India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI 16 Nov. – Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas puting beliung Gaja membadai kawasan pantai Nagapattinam timur India awal hari ini.

Beribu-ribu batang pokok tumbang akibat angin kencang yang turut memusnahkan kediaman dan kenderaan selain memaksa beratus-ratus penduduk berpindah ke pusat perlindungan.

Puting beliung berkenaan yang membawa angin kencang sehingga 120 kilometer sejam kini menuju ke negeri Tamil Nadu selain membawa hujan lebat.

Beberapa kawasan rendah di sepanjang pantai Teluk Bengal turut dinaiki air. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN