106 Rohingya gagal masuk ke Malaysia - Utusan Malaysia

106 Rohingya gagal masuk ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYAUKTAN 16 Nov. – Sebuah bot dengan muatan 106 Rohingya yang melarikan diri dari kem di Myanmar ditemukan di selatan pantai negara itu selepas menghabiskan 15 hari di laut kerana gagal untuk sampai ke Malaysia.

Menurut pihak polis, kumpulan itu termasuk 23 kanak-kanak dan seorang gadis telah meninggal dunia kira-kira sembilan hari yang lalu.

“Seorang gadis mati di laut … dia tidak makan dan minum air laut,” kata Eilia, 35, turut memberitahu bot itu juga telah kehabisan minyak.

Sementara itu, kebanyakan mereka berkata, mereka berasal dari pelbagai kem Rohingya di Sittwe, ibu negara Rakhine.

“Kami bergerak 15 hari yang lalu dan mahu pergi ke Malaysia,” kata seorang lelaki muda Rohingya, yang segera dihalang daripada bercakap kepada pemberita oleh polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN