Zombie mengganas di Lost World of Tambun sepanjang Oktober ini - Utusan Malaysia

Zombie mengganas di Lost World of Tambun sepanjang Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Sepanjang Oktober ini, para pengunjung ke Lost World of Tambun (LWOT) dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan zombie sempena sambutan Halloween yang disambut setiap tahun di taman tema tersebut.

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, zombie tersebut dapat dilihat melalui aktiviti menarik yang diadakan sempena sambutan tersebut termasuk Z Corner, Shoot the Zombie, Spooky Stories: Zombie Outbreak dan Trick or Treat. 

“Sebagai destinasi percutian keluarga dan pelancongan, LWOT akan terus menjanjikan tarikan-tarikan yang menarik sepanjang tahun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Khusus pada Oktober ini, LWOT akan menjanjikan pengalaman yang menarik dan menakutkan berdasarkan tema zombie sempena sambutan Halloween yang disambut di seluruh dunia,” katanya pada pelancaran Spooky Halloween di LWOT di sini baru-baru ini. 

Tambah Nurul Nuzairi, selain menikmati pengalaman yang menakutkan bersama zombie, para pengunjung LWOT juga akan dihidangkan dengan pertunjukan khas di Monkey Valley. 

“Pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah misteri apabila memuat naik gambar mereka di lokasi Z Corner ke laman sosial media mereka dengan #SUPERSCARED. 

“Pada setiap Jumaat hingga Ahad juga, LWOT akan menganjurkan parti Zombie Splash dan para pengunjung boleh menari mengikut pelbagai genre lagu termasuk Kpop dan Hip Hop,” katanya. 

Katanya, pengunjung kanak-kanak juga boleh menikmati pengalaman bermain permainan di Luminous Forest dalam pengembaraan di dalam hutan bercahaya itu selain bertemu dengan Mother Sophea dan Shadowfang Garden of Lights. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini