Ziyad terus unggul, 
Malaysia capai sasaran - Utusan Malaysia

Ziyad terus unggul, 
Malaysia capai sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kontinjen negara mencapai sasaran memenangi 15 pingat emas dalam Sukan Para Asia hari ini apabila Muhammad Ziyad Zolkefli dan Eddy Bernard unggul dalam acara lontar peluru dan lompat jauh di Jakarta hari ini.

Ziyad jelas tiada tandingan apabila turut mencipta rekod baharu kejohanan 16.94 meter untuk meninggalkan pencabarnya jauh di belakang dalam laluannya membantu kontinjen negara meraih pingat emas ke-14 menerusi acara lontar peluru F20 (lemah pembelajaran).

Juara dunia dan Para­limpik Rio itu menewaskan rakan senegara Aliff Mohamad Awi (13.09m) di tempat kedua manakala gangsa milik atlet Thailand, Sanepoot Boonkong (13.01m) dalam laluannya untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi empat tahun lalu di Incheon.

Memuatkan artikel berkaitan…

Atlet berusia 28 tahun itu merupakan pemegang rekod dunia dalam acara berkenaan dengan melakukan lontaran 17.29m yang dicatatkannya dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, tahun lalu.

“Sangat bersyukur dapat mempertahankan pingat emas ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negara (MSN) yang membantu saya berada di tahap ini.

“Sebenarnya saya tidak sangka mampu melakukan bali­ngan sejauh ini kerana saya baru pulih daripada kecederaan yang dialami tiga bulan lalu,” katanya menerusi mesej WhatsApp.

Sementara itu Muhammad Ashraf Hisham mencatatkan masa 4:17.02s untuk meraih perak dalam acara 1,500m T45 (masalah anggota badan), tewas kepada Murodulloev Marufjon (4:13.99s) dari Uzbekistan. Pi­ngat gangsa pula dimenangi oleh Abdolpour Amin (4:19.44S) dari Iran.

Pingat emas ke-15 negara dicapai beberapa jam kemudian apabila Eddy pula memenangi acara lompat jauh T44 (kecacatan kaki) dengan catatan 6.30m sekali gus memperbaharui rekod kejohanan.

Perak menjadi milik Maththaka Gamage Nuwan Indika dari Sri Lanka dengan lompatan sejauh 6.09m manakala atlet tuan rumah, Rasyidi Rasyidi meraih gangsa (6.05m).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini