PEKAN – Syarikat pengeluar komponen kenderaan terkemuka dari Jerman, ZF Chassis System Sdn. Bhd. (ZF) terus memperkukuhkan kehadirannya di negara ini menerusi pembukaan kilang di Taman Automotif Pekan dekat sini. Kilang berkeluasan lebih 13,000 meter persegi itu merupakan pusat pengeluaran kedua syarikat berkenaan selepas Kulim, Kedah yang beroperasi pada tahun 2013. Pengurus Besarnya, Glenn Todd berkata, langkah perluasan perniagaan itu adalah bagi memenuhi permintaan kenderaan mewah tempatan dan antarabangsa, di…










