Zahid akan didakwa Jumaat ini - Utusan Malaysia

Zahid akan didakwa Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini sebelum didakwa di mahkamah esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi laman sosial Telegram yang tular semalam.

Menurut Lokman, notis serah diri itu telah dihantar kepada Ahmad Zahid pada pukul 1.45 petang semalam untuk beliau menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Presiden UMNO telah diberikan notis serah diri untuk ditahan di Ibu Pejabat SPRM pukul 3 petang esok (hari ini), 18 Oktober 2018.

“Zahid juga dijangka didakwa esok (Jumaat),” katanya melalui kiriman mesej terbaru di akaun Te­legramnya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN