KUALA LUMPUR – Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) mencipta sejarah baharu apabila membuka masjid Melayu pertama di kota London yang memberi manfaat kepada hampir 10,000 masyarakat Islam di sekitar United Kingdom.

Yang Dipertua YSNS, Md. Farid Samad berkata, masjid yang terletak di Bradford 1 itu dirasmikan pada 29 Oktober lalu selepas dua tahun beroperasi dengan menyediakan kuliah agama, solat dan aktiviti keagamaan lain.
Katanya, masjid yang dinaungi Pengasas YSNS, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin itu merupakan sumbangan buat orang Melayu kerana tiada masjid khusus buat kaum itu di kota London sejak 50 tahun lalu yang mempraktikkan mazhab Syafie dan adab tatasusila orang timur.
“Walaupun baru dibuka dua tahun lalu, masjid itu telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan orang Melayu dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa di London yang mendambakan pengajian dan aktiviti keagamaan mengikut cara Melayu yang sinonim dengan mazhab Shafie.











