KUALA LUMPUR 2 Okt. – Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Yamaha) memperkenalkan edisi terbaharu MT-07 bertemakan Dark Attraction bermula bulan ini. Yamaha dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, model tersebut masih mengekalkan enjin crossplane berkapasiti 689 cc, dua silinder selari dengan diberikan beberapa penambahbaikan termasuk dilengkapi sistem brek antikekunci (ABS) pada roda depan dan belakang. Terdapat dua warna ditawarkan iaitu biru (Race Blue) manakala kelabu (Matt Grey) boleh didapati bermula Januari depan. Bagi setiap pembelian, pengguna akan menerima kunci cakera yang unik. Harga jualan bagi MT-07 ialah RM38,288 termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya