KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42 dimeriahkan lagi dengan aktiviti mencabar ketangkasan minda dan fizikal, Xplorace anjuran Kumpulan Utusan di Dusun Humphrey, UPM, hari ini. Acara yang bermula kira-kira pukul 12 tengah hari itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 150 peserta yang dibahagikan kepada 30 kumpulan. Selain aktiviti luar, antara acara yang dipertandingkan adalah termasuk makan asam boi sambil menyanyi, musang berjanggut, petik daun berlainan jenis dan swafoto bersama dengan buah-buahan nadir. Eksekutif Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Izwan Ramlan berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya