Warga Syria direman akan dihantar semula - Utusan Malaysia

Warga Syria direman akan dihantar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Lelaki warga Syria, Hassan Al Kontar yang sedang direman 14 hari kerana tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak Mac lepas akan dihantar pulang ke negara asalnya dalam waktu terdekat. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu terpaksa diambil setelah Hassan menolak untuk tinggal di beberapa negara anggota ASEAN yang sudi menerimanya dan hanya mahu ke Kanada yang menetapkan dia hanya boleh memasuki negara itu dalam masa dua tahun dari sekarang. 

“Malaysia tidak boleh membiarkan dia tinggal di KLIA2 selama 24 bulan. Jadi saya berharap Hassan menukar fikiran dan tinggal di mana-mana negara yang sudi menerimanya sementara berhijrah ke Kanada,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Pendaftaran Negara di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Hassan, 36  ditahan polis pada Isnin lepas kerana berada di ‘kawasan yang dilarang’ di KLIA2 dan direman selama 14 hari.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali ketika mengumumkan penahanan  Hassan pada  Selasa  lepas berkata warga Syria itu  bertindak memalukan Malaysia melalui pelbagai kenyataan di media sosial sejak memasuki Malaysia 7 Mac lepas.

Dia juga  memberikan alasan enggan pulang ke Syria kerana bimbang dipaksa menjadi tentera. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini