SAAT nama Wany Hasrita diumumkan sebagai Bintang Paling Popular dalam acara Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31), bukan sahaja penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu yang terkejut besar, malah hampir kebanyakan penonton juga terpukul reaksi sama. Masakan tidak, Wany telah memecah tradisi dengan mengembalikan kemenangan anugerah Bintang Paling Popular ke tangan seorang penyanyi. Kali terakhir penyanyi yang memenangi anugerah terbesar itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun 2009…










