Wanita warga asing ditahan terlibat aktiviti pelacuran - Utusan Malaysia

Wanita warga asing ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU – Polis memberkas tiga wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah rumah tumpangan di sini semalam.

Dalam serbuan sekitar pukul 12 tengah hari itu, tiga perempuan warga asing berusia antara 24 hingga 31 tahun dan dua lelaki tempatan dipercayai pelanggan berusia 30 hingga 36 tahun ditahan. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, polis melakukan intipan beberapa hari sebelum itu susulan menerima maklumat wujudnya aktiviti perlacuran di situ.

“Kita merampas tiga beg tangan masing-masing mengandungi tiga kondom dan wang tunai berjumlah RM160 dipercayai hasil pelacuran.

“Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tidak melebihi satu tahun, atau denda, atau kedua duanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo tadi.

Tambahnya, warganegara asing yang ditangkap juga disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal kemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak polis akan melakukan operasi berterusan untuk membanteras segala aktiviti maksiat di daerah ini,” jelasnya. –  K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN