KEMAMAN 8 Okt. – Seorang wanita warga Thai berdepan detik cemas setelah diugut bunuh sebelum disamun dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Kampung Dadong, Jalan Air Putih, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu ketika mangsa bersendiran dalam kedainya, tiga lelaki bertopeng bersenjatakan pistol dan parang melarikan barangan kemas, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa yang keseluruhannya bernilai RM2,500. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim memberitahu, mangsa, Rohani…










