Wan Azizah perjelas dakwaan Anwar Ibrahim disiasat pihak berkuasa Singapura - Utusan Malaysia

Wan Azizah perjelas dakwaan Anwar Ibrahim disiasat pihak berkuasa Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menganggap penyebaran maklumat di media sosial kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara itu sebagai satu berita palsu.

Tambah beliau, perkara tersebut juga sudah dijelaskan apabila ia disebarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi akaun Twitter dan Facebook miliknya semalam.

“Sudah dijelaskan. Fake news (berita palsu),” katanya ringkas selepas Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2018 di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menganggap penyebaran tersebut sebagai tindakan berniat jahat dan merupakan tuduhan palsu dan satu tuduhan tanpa bukti terhadap Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.

Pihak BERITAmediacorp iaitu sebuah portal berita Bahasa Malaysia dibawah syarikat konglomerat, Mediacorp yang berpangkalan di Singapura turut menafikan pihak mereka telah mengeluarkan laporan berkenaan.

Ekoran daripada kenyataan rasmi itu, Lokman Adam bertindak untuk memadamkan status berhubung perkara tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini