BARU-BARU ini, saya berbual bersama seorang lelaki separuh usia ketika sedang menikmati sarapan pagi di sebuah gerai mamak. Tanpa memperkenalkan diri pakcik itu rancak bercerita tentang kehidupannya yang sudah melepasi era persaraan. Banyak isu yang disentuh. Bermula dengan kisah rutin hariannya yang lebih gembira selepas tidak bekerja, pakcik itu menjadi bersemangat apabila bercakap tentang politik tanah air. Katanya, landskap politik negara masih belum berubah meskipun sudah lima bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah Malaysia. Setiap hari, pasti ada sahaja isu kontroversi yang dibangkitkan terhadap kerajaan baharu yang dipimpin Perdana Menteri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya