TENTU rakyat negara ini akan bersorak gembira jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janjinya untuk menghapuskan tol lebuh raya seperti mana dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Namun kegembiraan itu tidak akan berlaku nampaknya berdasarkan penegasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kelmarin bahawa pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan. Penegasan Dr. Mahathir itu tentunya mengambil kira kengkangan kewangan dihadapi kerajaan termasuk…










