Virgin Group tangguhkan 
kerjasama dengan Arab Saudi - Utusan Malaysia

Virgin Group tangguhkan 
kerjasama dengan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 Okt. – Bilionair Bri­tain, Richard Branson memaklumkan syarikatnya, Virgin Group akan menangguhkan perbincangan dengan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi berkaitan pelaburan berjumlah AS$1 bilion (RM4.1 bilion) bagi penerokaan ke angkasa lepas berikutan kehilangan wartawan, Jamal Khashoggi.

Branson dalam kenyataannya berkata, sekiranya laporan tentang kehilangan Jamal di Turki benar, perkara itu jelas akan mengubah minat Barat untuk mengadakan perniagaan de­ngan kerajaan Arab Saudi.

Beliau juga mengantung ke­anggotaannya sebagai pengarah dalam dua projek pelancongan Arab Saudi di Laut Merah atas alasan yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Dana Pe­laburan Awam Arab Saudi belum memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan tersebut.

Tekanan terhadap Arab Saudi meningkat sejak 2 Oktober lalu berikutan kehilangan Jamal, pengkritik dasar negara ber­kenaan dan juga seorang wartawan di Washington Post.

Jamal kali terakhir dilihat ialah pada tarikh berkenaan ketika memasuki pejabat kedutaan Arab Saudi.

Pada tahun lalu, Arab Saudi memaklumkan rancangan pelaburan bernilai AS$1 bilion dalam syarikat angkasa milik Branson, Virgin Galactic, The Spaceship Company dan Virgin Orbit.

“Kami telah meminta lebih banyak maklumat dari pihak berkuasa Arab Saudi dan penjelasan mereka berhubung kehilangan Jamal,” kata Branson. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini