PORT DICKSON 2 Okt. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali merayu pengundi Port Dickson yang berada di luar negara supaya pulang mengundi bagi memberi kemenangan dengan majoriti besar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang turun berkempen untuk Anwar selaku calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, menggesa para pengundi agar keluar beramai-ramai mengundi Anwar pada hari pengundian pada 13 Oktober ini.…










