KUALA LUMPUR 1 Okt. – Satu sindiket pengedaran dadah termasuk methamphetamine, ketamin dan ganja tumpas apabila dadah dengan nilai keseluruhan RM230,000 dirampas dalam dua serbuan di sekitar Dang Wangi di sini, Jumaat lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi hingga 4.30 pagi itu, pihaknya menahan 34 warga tempatan termasuk dua ahli sindiket. “Serbuan pertama dibuat di sebuah…










