[VIDEO] Pondok dalam kebuh getah rumah kami - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pondok dalam kebuh getah rumah kami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN 2 Okt. – Akibat kesempitan hidup sepasang suami isteri bertindak nekad membina sebuah pondok di dalam kebun getah di Kampung Paya Buloh, Bukit Kening, Chenor di sini untuk didiami.

Dengan hanya berlantaikan tanah dan berdindingkan kanvas, Mohd. Sazri Mohd. Nor,33, dan isterinya Kamarina Abdullah,33, bersama anak mereka, Mohd. Iqbal,5, tinggal dipondok berkenaan sejak lapan bulan lalu.

Mohd. Sazri berkata, dia dan isterinya membuat keputusan membina sebuah pondok di kebun getah milik ibu saudaranya itu bagi meneruskan kehidupan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dia dan isterinya telah membuat permohonan bagi mendapatkan rumah lebih selesa sejak tujuh tahun lalu tetapi masih gagal.

“Kami sedar keadaan di sini tidak selesa dan kalau angin kuat atap rumah boleh diterbangkan selain gangguan dari kera liar tetapi kami tiada pilihan lain,”katanya di sini baru-baru ini.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 014-8283944 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Kamarina binti Abdullah 06400-41-00017441-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini