KUALA LUMPUR 15 Okt. – Polis sedang menunggu laporan lengkap patologi Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan selepas proses bedah siasat kali kedua selesai dijalankan semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, keputusan tersebut dijangka diperoleh dalam masa terdekat. “Proses bedah siasat kali kedua telah selesai dan jenazah telah dikebumikan semula hari ini. “Buat masa ini, saya tidak boleh memberi tempoh…










