KLANG 1 Okt. – Kakitangan Bank of China yang beroperasi di Menara Empire, di sini, berdepan detik cemas apabila ribut dan hujan lebat yang melanda daerah Klang, petang ini, ‘menggoncangkan’ pejabat mereka sehingga sebahagian dinding cermin turut pecah dan runtuh. Kejadian mencemaskan kira-kira pukul 2 petang itu bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan kepada kakitangan bank berkenaan apabila mereka bertindak cepat mengosongkan pejabat bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini. Dalam pada itu,…










