BUTTERWORTH 2 Okt. – Perkarangan Mahkamah Butterworth di sini gempar dengan kehadiran ‘penceroboh’ yang terperangkap di dalam longkang di situ. Keadaan itu memaksa anggota polis bertugas memanggil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkapnya kerana ia bertindak agresif. Pihak APM dengan kekuatan lima anggota terpaksa mengambil masa lebih 20 minit untuk menumpaskan seekor biawak yang dianggarkan seberat 30 kilogram dan seberat 1.5 meter itu. Difahamkan reptilia itu sering muncul di…










