[VIDEO] Pegawai bomba direman kes rasuah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pegawai bomba direman kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 17 Okt. – Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia direman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan RM1,000 daripada pemilik kilang plastik di daerah terbabit semalam.

Perintah reman ke atas suspek yang berusia 58 tahun dan bertugas di Klang itu dikeluarkan oleh Majistret P. Sarulatha kira-kira pukul 11. 40 pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 7.35 petang semalam di rumahnya di Taman Sungai Kapar Indah, Klang.

Kata sumbar itu, suspek telah meminta dan menerima wang suapan itu sebagai dorongan meluluskan pemeriksaan keselamatan yang dilakukan ke atas kilang terbabit semalam.

“Suspek direman mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN