[VIDEO] Najib tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada pukul 8.40 pagi bagi mengikuti prosiding sebutan semula kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Prosiding sebutan semula kes melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, pecah amanah dan salah guna jawatan itu akan disebut di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Beliau sempat bersalaman dengan para media yang menunggu di luar lobi sebelum menuju ke lif.

Najib, 65, sebelum itu, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram melibatkan dana RM42 juta berkenaan SRC International Sdn. Bhd.

Beliau juga membuat pengakuan sama terhadap tiga pertuduhan pindaan berkaitan kesalahan pecah amanah dan satu pertuduhan pindaan kes salah guna jawatan untuk kepentingan peribadi melibatkan dan dana dan syarikat sama.

Sementara itu, kes melibatkan 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.282 bilion yang dihadapi Ahli Parlimen Pekan itu akan disebut di Mahkamah Sesyen di sini pada 16 November ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN