[VIDEO] Masa semakin suntuk cari mangsa - Utusan Malaysia

[VIDEO] Masa semakin suntuk cari mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU 3 Okt. – Angka korban akibat bencana berganda gempa bumi dan tsunami Indonesia meragut nyawa lebih 1,407 orang ketika masa sema­kin suntuk untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran banyak keperluan tidak dapat dipenuhi.

Pihak berkuasa menetapkan sehingga Jumaat ini bagi mencari mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan, iaitu seminggu selepas bencana itu berlaku dan peluang mencari mangsa hidup bertukar menjadi sifar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan penyelamat memberi tumpuan kepada enam lokasi utama di sekitar bandar tepi pantai Palu iaitu Hotel Roa-Roa dengan 60 orang dipercayai masih tertimbus, sebuah pasar raya, restoran dan kawasan Bala­roa, kawasan bertukar menjadi tanah lumpur.

Menurut pejabat kemanusiaan PBB, hampir 200,000 penduduk memerlukan bantuan antaranya puluhan ribu kanak-kanak dengan kira-kira 66,000 rumah musnah akibat gempa dengan kekuatan 7.5 Richter dan tsunami.

Walaupun kerajaan Indonesia menggesa pasukan penyelamat asing supaya ‘menarik diri’ kerana krisis itu mampu ditangani ketika penduduk di perkampungan terpencil terjejas teruk seperti Wani di wilayah Donggala berkata, sedikit bantuan tiba dan harapan kian pudar.

“Sebanyak 12 orang di kawa­san ini masih belum ditemui. Di kawasan ini sehingga selatan, oleh kerana tiada pemindahan, kami tidak tahu jika ada mayat. Jika ada jumlahnya mungkin banyak,” kata Mohammad Thahir Talib.

Di Geneva, PBB menyua­ra­kan kekecewaan berikutan maklum balas bantuan lambat dihulurkan.

“Terdapat banyak kawasan yang mungkin terjejas teruk tetapi gagal dimasuki, namun pasukan berusaha melakukan apa yang terdaya,” kata Jens Laerke dari pejabat kemanusiaan PBB semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan di Donggala, kira-kira 310,000 orang terjejas akibat bencana berganda itu.

Sementara itu, mangsa terselamat bergelut menahan lapar dan dahaga dengan bekalan makanan dan air tidak mencukupi selain hospital dibanjiri penduduk yang cedera.

Pihak berkuasa di lapangan berkata, ketika kerajaan merayu bantuan, masih tiada mekanis­me bagi melaksanakan operasi itu.

Dalam perkembangan ber­ka­i­tan,­ Presiden Joko Widodo yang melakukan lawatan kedua ke Sulawesi hari ini berkata, usaha membantu mangsa diperhebat dan beliau mahu melihat aktivi­ti ekonomi disambung semula di Palu.

“Selepas datang semula saya lihat peralatan berat sudah sampai, logistik mula tiba walaupun belum tahap maksimum, bahan bakar sudah separuh sampai,” katanya kepada wartawan.

Jakarta Post melaporkan, Lapangan terbang Mutiara SIS Al-Jufri di Palu beroperasi 24 jam bagi membolehkan pener­ba­ngan bantuan mendarat khu­susnya bagi mengurus bekalan keperluan dan anggota menyelamat tambahan, semalam.

Jurucakap pengusaha khidmat navigasi AirNav Indonesia, Yohanes Sirait berkata, pihak­nya mengekalkan penerbangan komersial mulai pukul 6 pagi hingga 10 malam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini