BUTTERWORTH – Polis menahan lapan lelaki yang disyaki membelasah tiga lelaki sehingga mengalami kecederaan berikutan masalah hutang di sebuah kedai makan di Jalan Raja Uda, di sini Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lapan lelaki berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan kelmarin dan semalam dalam beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang. “Polis percaya dengan penahanan lapan lelaki itu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan kami dapat menyelesaikan kes tersebut,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata semua mereka kini direman selama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya