[VIDEO] Jenazah Allahyarhan Nazrin dikebumikan semula - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jenazah Allahyarhan Nazrin dikebumikan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Crad­le Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan tiba di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara kira-kira pukul 11.35 pagi untuk pengebumian semula.

Jenazah yang dibawa dengan van jenazah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut diiringi sebuah kereta dan dua motosikal pengiring polis.

Kira-kira 10 minit selepas itu, kelihatan sebuah kereta dipercayai ahli keluarga Nazrin memasuki perkarangan tanah perkuburan tersebut.

Kubur Allahyarham Nazrin di gali semula pada 8 Oktober lalu atas permintaan abang kandung Nazrin, Dr. Malek Hassan agar bedah siasat kedua dapat dilakukan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN