LANGKAWI 23 Okt. – Hanya RM10, itu jumlah yang diperolehi seorang pemandu teksi, Senapi Mustapa, 71, selepas lebih 10 jam menanti dan berlegar-legar di sekitar Terminal Feri Langkawi di sini, hari ini. Senapi atau dikenali sebagai Pak Napi perlu menerima hakikat hanya itu jumlah pendapatannya hari ini meskipun seawal pukul 6 pagi sudah keluar rumah untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan. Bukan hanya Senapi yang lebih 40 tahun memandu teksi…










