JOHOR BAHRU 10 Okt. – Bekas Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM4,200 berhubung pembayaran membaiki sebuah kenderaan, tahun lalu. Tertuduh, Hairudin Ngadiron, 43, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan utama dan pilihan selepas kedua-duanya dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang bertugas di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bakri, Muar, didakwa…










