KUALA LUMPUR 6 Okt. – Jangan lupa solat dan selalu berdoa antara kata-kata yang sempat dipesan Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari sebelum meninggal dunia. Menurut anaknya, Tan Sri Musa Hassan, Allahyarham bapanya selalu berpesan perkara itu kepada anak-anaknya. “Solat dan doa antara yang selalu beliau pesan dan Allahyarham juga sempat memberitahu supaya sentiasa mendoakan bila beliau sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Persiaran Keramat Hujung, di sini hari ini. Allahyarham…










