[VIDEO] 13 kontraktor direman 6 hari - Utusan Malaysia

[VIDEO] 13 kontraktor direman 6 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Okt. – Seramai 13 kontraktor termasuk dua wanita direman enam hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu lebih RM90,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret, Siti Hajar Ali selepas mendengar permohonan daripada Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Anis Redza Mohamad Anwar.

Walau bagaimanapun, empat daripada mereka diikat jamin antara RM3,000 hingga RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar hari ini melaporkan 17 kontraktor termasuk lima wanita berusia dalam lingkungan 30-an hingga 60-an daripada syarikat berasingan ditahan di Pejabat SPRM negeri, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Siasatan awal mendapati kesemua mereka telah membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Liga Sukan Untuk Semua Daerah di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi pad Tahun 2015, sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini