KUALA LUMPUR – Jika lima hari lalu, juara program Gegar Vaganza (GV) musim keempat, Aishah memberi kata dua kepada Datuk Seri Dr. Vida untuk memohon maaf, semalam jutawan kosmetik itu pula mengemukakan tiga tuntutan sebagai syarat sebelum dia memenuhi semua tuntutan penyanyi itu. Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46, berkata, tiga tuntutan itu ialah Aishah perlu memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan perkataan berlian palsu terhadap hadiah barang kemas…










