SHAH ALAM 24 Okt. – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama melaksanakan Rangka Kerja Bandar Raya Rendah Karbon (LCCF) dan berjaya mengurangkan penghasilan karbon dioksida tertinggi sebanyak 3,468.01 tan atau bersamaan 6.15 peratus. Kejayaan itu membolehkan MBSA menerima Diamond Recognition untuk projek Pengukuran Karbon Pusat Bandar yang terletak di Seksyen 14 di sini. Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, anugerah tersebut dianjurkan…