JIKA diperhatikan kebelakangan ini, YB Menteri Pendidikan telah membuat beberapa pengumuman mengenai beberapa langkah awal penambahbaikan sistem pendidikan negara. Pada 18 Oktober 2018 beliau mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) sebagai badan bebas bagi mengkaji dasar pendidikan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2018. Jawatankuasa ini diberi tanggungjawab untuk memberkan syor selepas bulan April 2019 mengenai pelaksanaan kedua-dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 dan PPPM…