PUTRAJAYA 5 Okt.- Yayasan Innai Merah dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menjemput orang ramai menghulurkan bantuan untuk menjayakan program #UntukmuSulawesi.
Yayasan itu dalam kenyataannya berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh menghantar barang sumbangan ke pejabat Yayasan Innai Merah di alamat 6A, Tingkat 1, Bazar@8, Jalan Seluang P8/7 Presint 8.
“Antara barangan yang amat diperlukan di Sulawesi, Indonesia ialah tisu, kain batik, botol susu; tuala wanita; minyak telon; telekung; lampin pakai buang; tudung dan selimut,” kata yayasan itu dalam satu kenyataannya di sini hari ini.
Menurut yayasan itu, mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut juga mengenai program #UntukmuSulawesi boleh menghubungi Shiefa (0192721178), Nadeema (0162723614) dan Aimi (0123964090).-UTUSAN ONLINE.











